Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas AirAsia: Pegawai digantung tugasan, syarikat nafi salah laku

Kementerian Pengangkutan Indonesia mengesahkan penerbangan AirAsia QZ8501 tidak mendapatkan kelulusan rasmi untuk menawarkan perkhidmatan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad lalu, sebelum ia dipercayai jatuh terhempas di Laut Jawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas AirAsia: Pegawai digantung tugasan, syarikat nafi salah laku

Pegawai Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) mengeluarkan mayat nahas pesawat AirAsia daripada sebuah helikopter, setiba mereka di lapangan terbang Pangkalan Bun, pada 5 Januari 2015. (Gambar: AP/Tatan Syuflana)

Diterbitkan : 05 Jan 2015 11:38AM Dikemas Kini : 05 Jan 2015 08:31PM

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia mengesahkan penerbangan AirAsia QZ8501 tidak mendapatkan kelulusan rasmi untuk menawarkan perkhidmatan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad lalu, sebelum ia dipercayai jatuh terhempas di Laut Jawa.

Pihak berkuasa Indonesia juga menegaskan Kementerian Pengangkutan negara itu adalah satu-satunya yang boleh meluluskan semua jadual penerbangan, dan bukan pengendali lapangan terbang.

Malah, pegawai yang memberikan penerbangan AirAsia kebenaran untuk mengubah jadualnya, juga telah digantung tugasannya.

Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran, sebarang syarikat penerbangan yang didapati melanggar peraturan, akan digantung penerbangannya.

Pemangku Pengarah Agung, Pengangkutan Udara Indonesia, Encik Djoko Murjatmodjo, berkata: " Jika AirAsia tidak salah, kenapa ia sudah dibekukan. Data identifikasi kita sudah jelas dia salah kerana tidak terbang di waktu yang telah diberikan persetujuan dan diizinkan.

"Apakah ini ada kaitan dengan nahas, saya tidak boleh jawab. Itu kita tunggu dari hasil siasatan KNKT. Jadi mohon dipisahkan antara siasatan nahas penerbangan dengan pelanggaran izin penerbangan yang ada. Itu dua hal yang berbeza."

AIRASIA NAFI SALAH LAKU

Syarikat AirAsia juga dibidas selepas timbul laporan para juruterbang pesawat malang QZ8501 tidak menerima laporan cuaca dari agensi cuaca Indonesia.

Pihak syarikat juga menafikan sebarang salah laku, tetapi Kementerian Pengangkutan Indonesia menyatakan ia tetap akan menyiasat sebarang keraguan.

Pihak berkuasa Indonesia kini telah mengenakan syarat agar semua juruterbang dari semua syarikat penerbangan diberikan taklimat sebelum berlepas dari negara itu.

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang dari radar pada 28 Disember lalu sebelum dipercayai jatuh terhempas di laut Jawa.

37 MAYAT DITEMUI SEJAUH INI

Setakat petang tadi, 37 mayat mangsa telah ditemui dengan beberapa daripadanya terperangkap di tempat duduk mereka. Sembilan mayat telahpun dikenal pasti.

Tapak pencarian diluaskan ke bahagian timur Laut Jawa selepas timbul kebimbangan bahagian-bahagian pesawat yang malang itu mungkin telah dipukul ombak ke kawasan lebih jauh.

Lima objek besar yang dipercayai bangkai pesawat telah dikesan. 

Sumber : Agensi berita/nd/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan