Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar tolak keputusan PBB hantar pasukan siasat kekejaman

Myanmar menolak keputusan Majlis Hak kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2017 08:15PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 10:52PM

MYANMAR: Myanmar menolak keputusan Majlis Hak kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar perwakilan ke Myanmar bagi menyiasat dakwaan kekejaman yang dilakukan ke atas kaum Rohingya oleh pasukan keselamatan.

Dalam kenyataannya, pemerintah Myanmar berkata "pasukan bertindak PBB itu akan hanya mengapi-apikan konflik tersebut."

Semalam PBB meluluskan ketetapan untuk menghantar sebuah pasukan penyiasat itu ke Myanmar.

Tujuannya - untuk menyiasat dakwaan bahawa anggota-anggota polis dan askar memperkosa, menyeksa dan membunuh penduduk Islam Rohingya di wilayah Rakhine.

Puluhan ribu penduduk Rohingya melarikan diri ke negera jiran Bangladesh tahun lalu apabila pasukan keselamatan melancarkan operasi besar-besaran di Rakhine.

Pemerintah Myanmar mengatakan ia sedang melakukan siasatannya sendiri terhadap semua dakwaan itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan