Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muzium Louvre kini ada di Abu Dhabi

Ia menempatkan 600 karya seni di 23 galeri tetapnya - 300 daripadanya adalah karya dari institusi terkemuka Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2017 07:17PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 10:29PM

ABU DHABI: Muzium Lourve kini meluaskan cabangnya dan juga terletak di Abu Dhabi.

Ia menempatkan 600 karya seni di 23 galeri tetapnya - 300 daripadanya adalah karya dari institusi terkemuka Perancis.

Antara paparan karya termasuk Van Gogh dan Pablo Picasso.

Tiket masuk berharga 60 dirham atau S$16.50.

Pada hari pembukaannya semalam (11 Nov), kesemua 5,000 tiket habis dijual.

Louvre Abu Dhabi ditubuhkan di bawah perjanjian pemerintah 2007 antara Paris dan Abu Dhabi.

Dengan nilai pelaburan $1 bilion untuk muzium ini, Abu Dhabi berharap dapat menarik pelancong.

Dua lagi muzium - Guggenheim Abu Dhabi dan Muzium Nasional Zayed dirancang dibina di sekitar Louvre Abu Dhabi di daerah budaya Saadiyat yang menjadi tuan rumah bagi pameran seni dan persembahan.  

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan