Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mugabe dijadual bertemu ketua tentera, digesa letak jawatan

Krisis di Zimbabwe semakin meruncing. Presiden Robert Mugabe dijadual menemui Ketua Angkatan Tentera Negara itu hari ini (19 Nov) yang dijangka memberi tekanan ke atasnya supaya meletak jawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 08:20PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:40PM

ZIMBABWE: Krisis di Zimbabwe semakin meruncing. Presiden Robert Mugabe dijadual menemui Ketua Angkatan Tentera Negara itu hari ini (19 Nov) yang dijangka memberi tekanan ke atasnya supaya meletak jawatan.

Namun para penentang yang terus menunjuk perasaan di luar kawasan kediaman mewahnya, tidak yakin Encik Mugabe, akan berundur secara senyap.

Mereka menuntut Mugabe, 93 tahun, menamatkan pemerintahannya selama hampir empat dekad dan mencegah isterinya Grace mengambil alih kuasa.

Pihak tentera merampas kuasa minggu lalu dan pertemuan kedua dengan Encik Mugabe hari ini dikatakan pasti memberi jalan bagi pengundurannya.

Kebanyakan anggota Parti Zanu pimpinannya memulaukan Encik Mugabe.

Para pemimpin parti bersidang hari ini untuk meluluskan ketetapan menggesa perletakan jawatan Encik Mugabe sebagai ketua parti. 

Sumber : Agensi berita/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan