Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Militan terkenal M'sia Mahmud Ahmad mungkin terbunuh di Marawi

Tentera Filipina berkata besar kemungkinan seorang militan terkenal rakyat Malaysia terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi semalam (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Militan terkenal M'sia Mahmud Ahmad mungkin terbunuh di Marawi

Pasukan tentera Filipina di Marawi. (Gambar: AFP/TED ALJIBE)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 08:01PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 08:04PM

MARAWI: Tentera Filipina berkata besar kemungkinan seorang militan terkenal rakyat Malaysia terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi semalam (18 Okt).

Seorang ahli akademik dan tahu membuat bom Mahmud Ahmad dipercayai dalam kalangan 13 militan yang terbunuh semasa pertempuran itu.

Mahmud dipercayai memainkan peranan penting membiayai tindakan kumpulan militan menduduki bandar Marawi selama hampir lima bulan sebelum tentera berjaya menguasainya semula dua hari lalu.

Kira-kira 1,000 orang, lebih 800 daripadanya militan, terbunuh dalam pertempuran sepanjang tempoh itu.

Mereka termasuk, Isnilon Hapilon, seorang pemimpin kumpulan Abu Sayyaf dan Omarkhayam, satu daripada dua pemimpin kumpulan militan Maute.

Mahmud pula dipercayai mungkin "dilantik" menjadi ketua pengganas ISIS di Asia Tenggara selepas kematian Hapilon.

Di samping korban jiwa yang tinggi, pertempuran sengit di Marawi juga menyebabkan kemusnahan besar harta benda.

Setiausaha Pertahanan Filipina menganggarkan pemerintah perlu membelanjakan AS$1.1 bilion (S$350 juta) untuk membangunkan semula Marawi.

Pihak berkuasa bagaimanapun enggan menyatakan bila para penduduk Marawi yang berlindung di tempat-tempat lain dapat pulang ke rumah mereka.

Jurucakap pemerintah Marawi berkata di samping berusaha memulihkan bekalan air dan elektrik, pihaknya juga mahu memastikan militan-militan tidak dapat lagi menyusup ke bandar ini.

Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan