Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MFA: Tiada rakyat S'pura dilapor cedera

Tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang cedera atau akibat letupan di konsert Ariana Grande, di Manchester Arena, Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
MFA: Tiada rakyat S'pura dilapor cedera

Kawasan Manchester Arena selepas laporan kejadian satu letupan semasa konsert Ariana Grande. (Gambar: Peter Byrne/PA Wire meneusi AP)

Diterbitkan : 23 May 2017 11:51AM Dikemas Kini : 23 May 2017 11:55AM

SINGAPURA: Tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang cedera atau terjejas secara langsung akibat letupan yang berlaku di konsert Ariana Grande, di Manchester Arena, Britain.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

MFA dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di London sudah menghubungi rakyat Singapura di Manchester, yang berdaftar secara online.

Suruhajaya Tinggi Singapura juga sedang bekerjasama dengan Polis Manchester bagi memantau perkembangan.

Rakyat Singapura yang berada di Britain dinasihati MFA supaya menghubungi keluarga dan rakan-rakan mereka untuk memaklumkan tentang keselamatan mereka.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular dengan segera boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di London atau Pejabat Petugas MFA:

Suruhanjaya Tinggi Singapura di London
Tel: +44 (0)207 235 8315
Telefon Bimbit: +44 (0) 771 034 8335
Emel: singhc_lon [at] mfa.sg

Pejabat Petugas MFA (24-jam)
Tel: +65 63798800/8855
Emel: mfa_duty_office [at] mfa.gov.sg

Sumber : Today/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan