Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA: Banteras pengganasan, ekstremisme ganas keprihatinan utama S'pura

Membanteras pengganasan dan ekstremisme ganas adalah keprihatinan utama Singapura dan rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2017 04:17PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 01:44AM

SINGAPURA: Membanteras pengganasan dan ekstremisme ganas adalah keprihatinan utama Singapura dan rantau ini.

Ini memandangkan risiko-risiko yang timbul akibat para pejuang ISIS yang pulang ke negara asal masing-masing serta propaganda radikal kumpulan itu di Asia Tenggara, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (23 Mac).

Menteri Ehwal Luar Singapura, Vivian Balakrishnan bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson dan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Perikatan Global bagi Penumpasan ISIS di Washington DC hari ini.

MFA menyatakan Singapura mengalu-alukan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar itu, yang dihoskan Encik Tillerson.

"Singapura sudah secara konsisten menyokong usaha perikatan ini menerusi sumbangan aset-aset tentera dan kakitangan, dan percaya akan perlunya respons yang menyeluruh yang meliputi faktor-faktor ekonomi, sosial dan politik," menurutnya dalam satu kenyataan.

Di mesyuarat itu, MFA menyatakan Dr Balakrishnan dan Encik Tillerson mengesahkan lagi "hubungan erat dan berbilang aspek" Singapura dengan AS dalam bidang-bidang pertahanan, ekonomi dan keselamatan.

Mereka juga membincangkan perkembangan-perkembangan serantau serta cara-cara AS boleh mempertingkatkan kepentingan-kepentingan strategik dan ekonomi di Asia-Pasifik dan memperkukuhkan pendampingan ASEAN, tambah MFA.

Dr Balakrishnan akan bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Senat Hubungan Asing Bob Corker sebelum berangkat dari AS pulang ke Singapura esok, menurut MFA.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan