Images
  • UN Security council
    Gambar fail sebuah mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. (Gambar: DON EMMERT/AFP)

Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan esok, bincang isu Baitulmakdis

NEW YORK: Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN) akan diadakan esok (8 Dis) bagi membincangkan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Mesyuarat itu yang diminta diadakan oleh lapan negara anggota akan bermula pada jam 10.00 pagi waktu tempatan (1500 GMT) dan bakal membincangkan beberapa perkara lain.

Presiden majlis berkenaan, Jepun berkata isu mengenai Baitulmakdis dijangka mula dibincangkan lewat petang sebaik perbincangan beberapa isu lain selesai.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres diminta membuka mesyuarat itu dengan memberikan sedikit ucapan pendahuluan, seperti yang diminta lapan negara terdiri daripada Bolivia, Mesir, Perancis, Britain, Itali, Senegal, Sweden dan Uruguay.

Encik Guterres selepas pengumuman dibuat Presiden Trump itu berkata, status sebenar Baitulmakdis hanya boleh diselesaikan menerusi rundingan secara langsung antara Israel dan Palestin.

"Tiada sebarang pilihan lain boleh dibuat untuk penyelesaian dua negara," katanya.

- AFP/SU/im

Komen Anda?

Top