Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Meskipun sudah dikuburkan, bayi ini bertahan dan didapati hidup

Para penduduk kampung di timur India menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir, yang ditanam hidup-hidup. Demikian menurut pihak berkuasa negara itu pada Isnin (27 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Meskipun sudah dikuburkan, bayi ini bertahan dan didapati hidup

(Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 11:53PM Dikemas Kini : 30 Mar 2017 01:37AM

NEW DELHI: Para penduduk kampung di timur India menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir, yang ditanam hidup-hidup. Demikian menurut pihak berkuasa negara itu pada Isnin (27 Mac).

Ini juga merupakan kes yang terbaru di India, yang mencerminkan lagi masalah membunuh anak perempuan yang kian berleluasa.

Bayi itu - yang dipercayai berusia tidak lebih daripada enam jam selepas dilahirkan - dibiarkan untuk mati dan ditimbus dengan pasir yang cetek di padang. Dalam kejadian pada Sabtu lalu itu (25 Mac), seorang pejalan kaki ternampak kaki bayi tersebut terkeluar dari tanah.

Bayi tersebut yang ditemui di daerah Jaipur di wilayah Odisha, kemudian dikejarkan ke hospital di mana keadaannya terus diawasi, menurut pihak berkuasa.

Kakitangan hospital sudah menamakannya Dharitri, juga perkataan Sanskrit yang membawa makna "bumi".

Bayi tersebut akan diserahkan kepada jawatankuasa kebajikan kanak-kanak yang dikendalikan oleh negara itu selepas dia dikeluarkan dari hospital.

Polis memberitahu AFP, mereka mengesyaki bahawa bayi yang baru lahir itu sama ada ditinggalkan oleh ibu bapanya disebabkan jantinanya ataupun ibunya seorang wanita yang belum berkahwin.

"Kami sedang cuba menjejaki ibu bapa bayi perempuan itu. Ada kemungkinan ia kes sengaja membunuh bayi perempuan," kata pegawai polis tempatan, Jyoti Prakash Panda.

Awal bulan ini, pihak polis menemui 19 janin perempuan dari tempat pembetungan di barat wilayah Maharashtra.

Seorang doktor dituduh melakukan pengguguran janin-janin tersebut untuk ibu bapa yang mahukan anak-anak lelaki. 

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan