Images
  • thai baht
    Gambar hiasan. (Gambar: PORNCHAI KITTIWONGSAKUL/AFP)

Mesin ATM di Bangkok diletupkan semasa rompakan

BANGKOK: Seorang yang disyaki perompak meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan bom buatan sendiri di sebuah pasar raya di sini hari ini dan melarikan sebuah kotak wang yang mengandungi 481,700 Baht (S$19,000)

Ketua Polis Biro Metropolitan, Lt Jen Sanit Mahatavorn yang melawat tempat kejadian berkata kejadian berlaku di Wilayah Soi Krungtheep Kreetha Prawet di Srinarakarin Road kira-kira 4.30 pagi.

"Mesin ATM itu milik Bangkok Bank dan letupannya memecahkan mesin tersebut yang berselerak dengan radius lebih 30 meter," katanya dan menambah kejadian itu merupakan rompakan dan tiada kaitan dengan keselamatan.

Seorang pegawai keselamatan Thongtaew Chuenkham, 58 tahun, memberitahu pemberita dia terkejut dengan bunyi kuat letupan dan melihat mesin itu terbakar.

Dia juga melihat seorang lelaki mengambil kotak wang daripada mesin ATM itu dan berlalu dengan motosikalnya.

- Agensi Berita/ur

Komen Anda?

Top