Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Luar ASEAN suarakan 'kebimbangan' terhadap keadaan di Korea Utara

Para Menteri Luar ASEAN mengeluarkan kenyataan hari ini (28 Apr) menyuarakan "kebimbangan" berhubung keadaan di Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar ASEAN suarakan 'kebimbangan' terhadap keadaan di Korea Utara

Peluru berpandu Korea Utara. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 04:33PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 04:36PM

MANILA: Para Menteri Luar ASEAN mengeluarkan kenyataan hari ini (28 Apr) menyuarakan "kebimbangan" berhubung keadaan di Korea Utara.

"ASEAN menyuarakan kebimbangan berhubung ketegangan yang memuncak di semenanjung Korea termasuk dua ujian nuklear nuklear DPRK pada tahun 2016 dan pelancaran peluru berpandu balistik selepas itu," menurut kenyataan itu lagi.

"ASEAN sedar bahawa ketidakstabilan di semenanjung Korea menimbulkan kesan serius di dalam dan luar rantau ini."

Para Menteri Luar itu berada di Manila bagi menghadiri Sidang Puncak ASEAN yang ke-30.

Mereka menggesa rejim Pyongyang supaya mematuhi sepenuhnya kewajipan daripada semua ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Kenyataan itu turut menyeru semua pihak untuk "mengawal diri bagi meredakan ketegangan dan tindakan yang mungkin memburukkan lagi keadaan".

Menteri-menteri Luar juga menekankan sokongan ASEAN bagi perlucutan senjata nuklear di semenanjung Korea dan menggesa agar disambung semula dialog untuk "meredakan ketegangan dan mewujudkan sekitaran yang sesuai bagi keamanan dan kestabilan.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan