Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat bayi perempuan baru lahir ditemui terapung dalam longkang

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat bayi perempuan baru lahir ditemui terapung dalam longkang

Mayat bayi yang ditemui terapung di longkang diselamatkan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 09:34AM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 09:37AM

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui terapung dalam longkang belakang sebuah hotel di Chow Kit pada Selasa (12 Sep).

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi Manjiji berkata mayat bayi itu ditemui tidak berpakaian oleh seorang anggota polis kira-kira pada 2.00 petang.

"Pada mulanya anggota berkenaan menyangka mayat itu hanyalah anak patung namun setelah diperhatikan ia sebenarnya mayat bayi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Habibi berkata mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan