Images
  • Navy

Mayat anak kapal USS Fitzgerald sudah ditemui

JEPUN: Mayat beberapa anak kapal Amerika Syarikat yang hilang sejak semalam (17 Jun), sudah ditemui.

Mereka dijumpai di beberapa ruang kapal yang dibanjiri air.

Menurut tentera laut Amerika, kapal itu nyaris-nyaris karam selepas pelanggaran berlaku.

Kapal USS Fitzgerald itu bertembung dengan sebuah kapal dagang yang berdaftar di Filipina pagi semalam.

Kejadian berlaku sekitar 100 kilometer dari barat daya Yokosuka, yang terletak berhampiran Tokyo.

Para pegawai Amerika dan Jepun masih menyiasat punca pelanggaran.

Kapal perang itu yang mengalami kerosakan di bahagian kanannya sudahpun dibawa balik ke pangkalannya di Yokusuka malam semalam.

Ia membawa seramai 285 anak kapal ketika kejadian - beberapa daripada mereka mengalami kecederaan, termasuk Komander kapal.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata kapal dagang Filipina yang terbabit masih boleh berfungsi.

Tiada seorangpun di kalangan 20 anak kapalnya dilaporkan cedera.  

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top