Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masyarakat Muslim di Barcelona bimbang tindak balas anti-Islam

Waktu menunaikan solat sudah hampir dekat, namun Raja Miah, seorang imam di sebuah masjid yang kecil di tengah-tengah Barcelona, tidak menjangkakan ramai yang datang untuk mendirikan solat.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat Muslim di Barcelona bimbang tindak balas anti-Islam

Beberapa Muslim yang turut berdukacita terhadap mangsa-mangsa terkorban dalam serangan penggas di Barcelona. (Gambar: AFP/LLUIS GENE)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 09:54AM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 09:58AM

BARCELONA: Waktu menunaikan solat sudah hampir dekat, namun Raja Miah, seorang imam di sebuah masjid yang kecil di tengah-tengah Barcelona, tidak menjangkakan ramai yang datang untuk mendirikan solat.

Sejak serangan kembar dilancarkan di Barcelona dan resort berhampiran tepi pantai Cambris yang ISIS mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut, masyarakat Muslim di kejiranan Raval khuatir terhadap tindak balas anti-Islam.

"Ramai yang takut," kata Miah, 23 tahun, apabila beliau duduk di dalam sebuah bilik kecil di masjid yang terletak di Raval sedang sekumpulan kanak-kanak di bilik sebelah mengaji al-Quran.

"Begitu takut sekali, sehinggakan mereka tidak berani keluar. Hanya segelintir saja yang datang untuk bersolat. Biasanya, terdapat 40 orang, malam semalam tidak sampai 15 yang datang, dan pagi tadi hanya 10 yang datang untuk bersolat," kata Miah, yang berpindah ke Barcelona dari Bangladesh sembilan tahun lalu.

Parti-parti berhaluan kanan tidak lantang dan hanya empat peratus warga Sepanyol yang menganggap imigrasi sebagai satu masalah, menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Sosiologi (CIS) pemerintah. Namun rentetan serangan di Eropah, yang didalangi ISIS semakin meningkatkan insiden-insiden kebencian.

Jumlah kes sedemikian yang direkodkan melonjak dari hanya 48 pada tahun 2014 kepada 534 pada 2015, menurut kumpulan kempen, Platform Rakyat Menentang Islamofobia.

Menyusuli serangan-serangan itu, masyarakat Muslim bimbang ia akan menjadi bertambah buruk.

Daripada serangan yang berlaku baru-baru ini, seramai 14 orang terbunuh dan sekitar 100 lagi cedera dalam serangan-serangan itu. Menurut pihak polis dalam serangan di mana ISIS mengaku bertanggungjawab, melibatkan 12 lelaki muda, ada berusia belasan tahun, dipercayai terbabit dalam dua serangan yang menggunakan kenderaan.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan