Images
  • masjid al-aqsa
    (Gambar: AHMAD GHARABLI / AFP)

Masjidil Aqsa dibuka semula selepas insiden berbalas tembakan

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pembukaan semula kawasan Masjidil Aqsa hari ini (16 Jul).

Ia ditutup sejak Jumaat lalu berikutan satu kejadian berbalas tembakan yang meragut nyawa dua anggota polis Israel dan tiga penyerang bersenjata.

Namun, PM Netanyahu berkata alat pengesan besi akan dipasang di pintu-pintu masuk ke Masjidil Aqsa dan beberapa kamera bakal memantau semua kegiatan di kawasan tersebut.

Dalam serangan Jumaat lalu, tiga warga Israel berketurunan Arab, melepaskan tembakan ke arah para anggota polis Israel, membunuh dua daripada mereka, sebelum ditembak mati pasukan keselamatan kemudian.

Dalam langkah yang menimbulkan kontroversi, PM Netanyahu mengarahkan penutupan kawasan Masjidil Aqsa.

Pihak berkuasa Israel memberi alasan ia bertujuan menjalankan pemeriksaan.

Namun Menteri Luar Jordan memberi amaran, tindakan menutup Al Aqsa adalah berbahaya.

Para penduduk Islam dan pelancong ke Israel juga tidak dibenarkan solat Jumaat atau melawat kawasan sekelilingnya.

Kawasan Haram al-Sharif yang menempatkan masjid ketiga paling suci dalam Islam, diduduki Israel sejak 1967.

Bagaimanapun ia juga dituntut kaum Yahudi sebagai tapak kuil Raja Sulaiman.

- CNA/im

Komen Anda?

Top