Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Maria Chin ditahan di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis

Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Maria Chin ditahan di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dalam rapat di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 23 Nov 2016 08:35AM Dikemas Kini : 23 Nov 2016 02:05PM

KUALA LUMPUR: Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata SOSMA bukan hanya terpakai bagi kegiatan keganasan, memandangkan akta itu mempunyai definisi yang meluas, selain turut digunakan bagi sebarang kegiatan yang mengancam ketenteraman dan kedaulatan negara.

"Akta itu sebenarnya akta pemboleh kepada Kanun Tatacara Jenayah... beliau didakwa mengikut Kanun Tatacara Jenayah tetapi menggunakan SOSMA sebagai pemboleh untuk membantu polis dalam siasatan terhadap beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam (22 Nov).

Beliau berkata penahanan itu adalah mengikut 'isu-isu operasi' Polis Diraja Malaysia dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Maria, 60 tahun, adalah antara 15 individu yang ditahan berhubung perhimpunan haram di ibu kota pada Sabtu lalu.

MARIA FAILKAN PERMOHONAN AGAR DIBEBASKAN SERTA-MERTA

Sementara itu, Maria semalam memfailkan permohonan habeas corpus supaya beliau dibebaskan serta-merta.

Beliau memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya.

Maria juga memohon perintah agar tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA atau perintah lain. 

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan