Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 534 orang

Angka mangsa banjir di negeri Melaka terus meningkat kepada 534 mangsa sehingga 11.00 malam semalam (11 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 534 orang

Keadaan banjir di Melaka. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 09:58AM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 10:00AM

MELAKA: Angka mangsa banjir di negeri Melaka terus meningkat kepada 534 mangsa sehingga 11.00 malam semalam (11 Ogos).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa daripada 135 keluarga itu ditempatkan di sembilan pusat pemindahan banjir di daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Encik Effendy berkata dua pusat pemindahan baru dibuka malam tadi iaitu pusat pemindahan di Surau Bukit Baru yang menempatkan 13 mangsa dengan dua keluarga dan di Balai Raya Kampung Seri Jeram, Alor Gajah (15 mangsa, 3 keluarga).

Beliau berkata jumlah mangsa di empat pusat pemindahan mengalami peningkatan iaitu seramai 255 mangsa dengan 62 keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Projek Perumahan Rakyat Krubong (83 mangsa, 21 keluarga), Balairaya Peringgit (27 mangsa, 11 keluarga) dan Balairaya Pengkalan Batu (31 mangsa dengan tujuh keluarga).

“Jumlah mangsa di tiga pusat pemindahan lain tidak berubah iaitu seramai 20 mangsa dengan empat keluarga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Paya Ikan, Sekolah Agama JAIM Tanjung Minyak (29 mangsa, lapan keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Tehel di Jasin (61 mangsa, 17 keluarga),” katanya kepada pemberita.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan