Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia tiada hasrat sekat aplikasi Telegram

Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram di Malaysia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia tiada hasrat sekat aplikasi Telegram

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Zahid Hamidi di rumah terbuka Aidilfitri Jakel Mal. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 10:07AM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 10:11AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram di Malaysia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun Indonesia mengharamkan penggunaan aplikasi Telegram kerana wujud unsur membabitkan keganasan, beliau berkata pemantauan setakat ini mendapati tiada sebarang elemen penyebaran unsur-unsur jenayah dan keganasan melalui Telegram di negara ini.

Encik Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menegaskan kerajaan menghormati hak peribadi pengguna di negara ini dan tidak berhasrat untuk mencampuri 'chatting' pengguna Telegram.

"Penelitian KDN (Kementerian Dalam Negeri) khasnya Unit Anti Keganasan dan Cawangan Khas PDRM mendapati bahawa aplikasi (Telegram) setakat ini tidak mengandungi unsur-unsur yang melibatkan berlakunya jenayah, jauh sekali daripada perbuatan merekrut atau untuk memperoleh dana bagi membiayai aktiviti keganasan," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Jakel Mall, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan kerajaan Indonesia pada Jumaat (14 Jul) yang menyekat aplikasi Telegram berikutan pendedahan ia digunakan antara lain untuk menyebar fahaman militan Daesh serta aktiviti keganasan lain.

Beliau berkata kerajaan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap penggunaan aplikasi media sosial bagi mengesan kegiatan ke arah keganasan.

Encik Ahmad Zahid berkata kerajaan juga mempunyai beberapa kaedah ‘decoding’ yang dipakai untuk memantau sebarang elemen keganasan Daesh, termasuk usaha penyebaran ideologi, merekrut ahli dan mendapatkan dana di dalam media sosial ataupun komunikasi tanpa talian.

Katanya pemantauan pihak berkuasa mendapati wujud penyebaran unsur-unsur keganasan melalui aplikasi lain seperti YouTube, WhatsApp dan Instagram.  

Sumber : Bernama/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan