Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia "terlepas peluang" jika TPP tidak menjadi

Sekiranya Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik (TPPA) tidak menjadi, Malaysia akan "terlepas peluang", kata Menteri Perdagangan Antarabangsa negara itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia "terlepas peluang" jika TPP tidak menjadi

Menteri perdagangan Malaysian, Mustapa Mohamed bercakap kepada media. (Gambar: Melissa Goh)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 02:40PM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 02:42PM

KUALA LUMPUR: Sekiranya Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik (TPPA) tidak menjadi, Malaysia akan "terlepas peluang", kata Menteri Perdagangan Antarabangsa negara itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini (24 Jan).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani arahan eksekutif hari ini untuk menarik AS keluar dari TPP.

Sebagai respons, menteri Malaysia itu menekankan bahawa sekiranya TPP gagal dilaksanakan, Malaysia akan fokus terhadap mempertingkatkan integrasi ekonomi serantau.

"Seperti yang saya katakan di Davos semasa Forum Ekonomi Sedunia, sekiranya TPPA tidak menjadi, fokus kami ialah mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN dalam konteks Rangka Tindak Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, mengusahakan agar RCEP dimuktamadkan tepat pada masa, serta mengusahakan FTA dua hala termasuk dengan anggota TPPA yang sekarang ini kami tidak ada sebarang aturan perdagangan yang khas," ujarnya.

Beliau menambah bahawa para perunding TPP dari lagi 11 negara akan terus-menerus berhubungan antara satu sama lain. Mereka akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada sebelum membuat keputusan tentang langkah selanjutnya.

Beliau juga berkata kerajaan Malaysia akan mendampingi pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapat maklum balas.

"Malaysia akan terus memantau rapat perkembangan-perkembangan berhubung dasar-dasar perdagangan AS. Meskipun dengan kedudukan Pentadbiran AS yang baru tentang TPPA sekarang ini, kami akan terus mendampingi rakan-rakan kerja Amerika kami untuk memperkukuh hubungan dua hala perdagangan dan ekonomi kami, memandangkan betapa pentingnya AS sebagai rakan perdagangan ketiga terbesar kami dan sumber besar pelaburan," katanya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mah Siew Keong juga meluahkan rasa kecewa atas penarikan AS dari TPP.

"Bagaimanapun, kami akan meneroka negara-negara lain. Kami berharap dapat mengeskport lebih banyak kepada Eropah, Afrika, India, Iran dan China. Kami selama ini bekerja amat keras untuk mengekalkan daya tahan minyak kelapa sawit Malaysia," katanya hari ini di Sidang Ramalan Strategik Malaysia yang ke-19.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan