Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia perketat keselamatan susuli serangan di Bangkok, Jakarta, Mindanao

Tentera Diraja Malaysia akan terus bekerjasama dengan angkatan tentera dari Filipina, Thailand dan Indonesia selain saling mengongsi maklumat risikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia perketat keselamatan susuli serangan di Bangkok, Jakarta, Mindanao

Gambar fail bot Tentera Laut Diraja Malaysia. (Gambar: TLDM melalui New Straits Times/ TODAY)

Diterbitkan : 28 May 2017 01:53PM Dikemas Kini : 28 May 2017 01:58PM

SINGAPURA: Malaysia meningkatkan keselamatan di sempadannya menyusuli serangan yang berlaku di Bangkok, Jakarta dan Mindanao.

Demikian didedahkan Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein, semalam (27 Mei).

Dalam satu kenyataan, Encik Hishammudin berkata beliau “memantau dengan teliti” serangan-serangan dan letupan bom yang berlaku di negara-negara jiran.

Sebanyak dua kapal tambahan dikerahkan bagi meronda perairan di Sabah. Selain itu, kakitangan Pasukan Bertindak Pantas (QRF) juga akan dikerahkan bagi membantu pasukan tentera di kepulauan Sabah dan jumlah rondaan juga akan ditambah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai pintu masuk ke selatan Filipina.

Sebuah pasukan infantri tambahan juga akan dikerahkan ke Cenderawasih, Lahad Datu bagi menjaga keselamatan pantai.

Encik Hishammuddin menambah bahawa beliau turut bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatannya di negara-negara terlibat: Delfin Lorenzana Negrillo dari Filipina, Prawit Wongsuwan dari Thailand, dan Ryamizard Ryacudu di Indonesia.

Tentera Diraja Malaysia akan terus bekerjasama dengan angkatan tentera dari ketiga-tiga negara tersebut dan saling mengongsi maklumat risikan.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan