Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia luluskan bantuan segera $19 juta untuk negeri dilanda banjir

Kementerian Kewangan Malaysia meluluskan peruntukan segera berjumlah $19 juta (RM50 juta) untuk negeri dilanda banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia luluskan bantuan segera $19 juta untuk negeri dilanda banjir

Keadaan banjir di Kelantan, Malaysia. (Gambar: Channel NewsAsia/Sumisha Naidu)

Diterbitkan : 25 Dec 2014 05:12PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:45PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia meluluskan peruntukan segera berjumlah $19 juta (RM50 juta) untuk negeri-negeri yang dilanda banjir. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata peruntukan itu akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing.

"Kementerian Kewangan juga akan mempermudah pembelian segera keperluan peralatan bantuan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan terjejas," menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Datuk Seri Ahmad Husni berharap peruntukan segera dan kemudahan pembelian peralatan bantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan.
Beliau menambah: "Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah usaha bantuan kepada rakyat."
Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan lebih 90,000 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah. Ini merupakan jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

TERENGGANU ARAH BATAL SEMUA MAJLIS HIBURAN SEMPENA TAHUN BARU

Sementara itu, kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua acara dan majlis berbentuk hiburan termasuk sambutan ambang tahun baru 2015 dibatalkan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan itu dibuat kerana bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri:

"Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan (dan membantu mangsa) banjir yang melanda di daerah-daerah dalam Terengganu. Oleh itu kerajaan telah mengarahkan agar segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baharu yang kita (kerajaan negeri) telah rancang akan turut dibatalkan."

Encik Samiun yang juga merupakan Pemangku Datuk Bandar Kuala Terengganu berkata, tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ketika ramai penduduk ditimpa musibah banjir.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan