Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makam tukang emas terkemuka berusia lebih 3,000 tahun dijumpai di Mesir

Ahli kaji purba Mesir menemui makam seorang tukang emas terkemuka yang hidup lebih 3,000 tahun lalu, selain menemui patung-patung, mumia dan barangan kemas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Makam tukang emas terkemuka berusia lebih 3,000 tahun dijumpai di Mesir

Tengkorak yang ditemui di makam lama bagi seorang tukang emas terkemuka lebih 3,000 tahun lalu. (Gambar: KHALED DESOUKI / AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2017 05:15PM Dikemas Kini : 10 Sep 2017 05:23PM

LUXOR, Mesir: Ahli kaji purba Mesir menemui makam seorang tukang emas terkemuka yang hidup lebih 3,000 tahun lalu, selain menemui patung-patung, mumia dan barangan kemas. Ini adalah penemuan besar terbaru di Luxor, bandar Nil.

Menteri Barangan Antik Mesir Khaled Al Anani hari ini (10 Sep) berkata makam itu dari era dinasti New Kingdom ke-18 Mesir - iaitu sekitar kurun ke-15 B.C.

(Gambar: KHALED DESOUKI / AFP)

(Gambar: KHALED DESOUKI / AFP)

"Tugas itu belum selesai dan kami masih meneruskannya dan berusaha untuk mencari lebih banyak objek dan makam," beliau memberitahu Reuters di tapak penemuan tersebut.

Tapak itu termasuk sebuah laman dalaman dan ceruk di mana mumia tukang emas berkenaan, Amenemhat, isteri dan salah seorang anak lelakinya serta dua tempat pengebumian dijumpai, menurut kenyataan kementerian tersebut.

Awal tahun ini, pihak berkuasa mengumumkan mereka menjumpai satu lagi makam New Kingdom di Luxor, milik seorang hakim manakala ahli kaji purba Sweden pula menjumpai 12 kuburan laman yang berusia hampir 3,500 tahun, berdekatan Aswan.

Peninggalan lama Mesir merupakan tarikan bagi para pelancong dan pihak berkuasa berharap untuk mencari penemuan-penemuan baru yang boleh menarik lebih ramai pengunjung.

(Gambar: HANDOUT / EGYPTIAN MINISTRY OF ANTIQUITIES / AFP)

(Gambar: HANDOUT / EGYPTIAN MINISTRY OF ANTIQUITIES / AFP)

Prestasi sektor pelancongan Mesir merosot setelah berlaku bantahan besar-besaran yang menggulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011. Anggota militan yang melancarkan serangan-serangan juga mencegah pelancong asing daripada berkunjung ke negara itu.

Pendapatan pelacongan Mesir melonjak 170 peratus pada tujuh bulan pertama 2017, mencecah AS$3.5 bilion (S$4.7 bilion), menurut pihak berkuasa. Ini disambut baik oleh Mesir yang begitu bergantung kepada sektor pelancongan untuk meningkatkan kutipan mata wang asing dan menambah jumlah pekerjaan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan