Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir 'iri hati' dengan kerajaan pimpinan Najib yang kian rapat dengan China

Komen terbaru Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan Malaysia adalah kerana beliau cemburu dengan keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menarik pelaburan bernilai berbilion dolar.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir 'iri hati' dengan kerajaan pimpinan Najib yang kian rapat dengan China

Gambar fail Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Nazri Aziz. (Gambar: SONNY TUMBELAKA / AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2016 04:53PM Dikemas Kini : 03 Nov 2016 04:57PM

KUALA LUMPUR: Komen terbaru Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan Malaysia adalah kerana beliau cemburu dengan keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menarik pelaburan bernilai berbilion dolar dengan China, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz hari ini (3 Nov).

Encik Nazri menyifatkan komen mantan perdana menteri itu sebagai iri hati kerana sepanjang 22 tahun beliau berkhidmat sebagai perdana menteri Dr Mahathir gagal meraih pencapaian sedemikian.

"Saya rasa Dr Mahathir sedang memikirkan waktu beliau menjadi PM atau menteri. Pada masa itu China adalah sebuah negara komunis tetapi China kini sudah berubah."

"China sekarang berbeza daripada yang dulu. Beliau cemburu, saya rasa. Beliau tidak suka perkara ini sebab itu beliau masih berkata tentang keyakinan pelabur yang konon-kononnya sudah merosot dan kami akan menjadi bankrap," kata Encik Nazri kepada para wartawan di lobi Parlimen.

Menurut Encik Nazri, ia bukan mudah untuk mendapatkan pelaburan bernilai hampir RM144 bilion (S$48 bilion), walaupun dari sebuah negara seperti China.

"Apabila China mahu melabur sebanyak itu di Malaysia, (ia) menunjukkan bahawa China yakin (dengan) bagaimana PM mentadbir negara," kata Encik Nazri.

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan