Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia tangguhkan hukuman mati warga Filipina

Filipina juga mengemukakan rayuan kepada Malaysia untuk menggugurkan hukuman mati terhadap sembilan warga negara itu yang didapati bersalah kerana terlibat dalam serangan di Lahad Datu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia tangguhkan hukuman mati warga Filipina

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 10:36PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 10:37PM

MANILA: Malaysia menangguhkan hukuman mati terhadap seorang pembunuh warga Filipina menyusuli rayuan yang dikemukakan Manila, kata para pegawai Filipina hari ini (19 Ogos).

Ejah Jaafar, yang usianya tidak didedahkan, sepatutnya dihukum mati semalam selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan di Malaysia pada 2006.

Namun menyusuli rayuan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, kes Ejah dirujuk semula kepada lembaga rayuan di negeri Sabah, menurut satu kenyataan jabatan luar Filipina hari ini.

Pemerintah Filipina menambah duta negara itu di Kuala Lumpur sudah memohon sejak tahun 2015 supaya pihak berkuasa Malaysia tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas Ejah.

Dia dijatuhi hukuman mati pada 2009, satu keputusan yang ditegakkan oleh mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan Malaysia, tambah kenyataan berkenaan.

Jurucakap jabatan luar Filipina Robespierre Bolivar memberitahu AFP bahawa Ejah dan keluarganya sudah menetap di Sabah "sekian lama", tetapi tidak pula memberikan maklumat lain.

Filipina juga mengemukakan rayuan kepada Malaysia untuk menggugurkan hukuman mati terhadap sembilan warga negara itu yang didapati bersalah kerana terlibat dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, pada 2013 yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut.

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan