Images
  • baitulmakdis
    Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. (Gambar: MENAHEM KAHANA / AFP)

M'sia kutuk keras tindakan Israel tutup Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” kata beliau dalam akaun Twitternya hari ini (16 Jul).

Menurut laporan berita, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan.

Ini selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di pekarangan masjid itu.

Al Jazeera, saluran berita bebas negara Arab, melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

- BERNAMA/im

Komen Anda?

Top