Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia: Jerebu tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lalu

Jerebu yang melanda Malaysia dijangka tidak seteruk tahun lalu berikutan fenomena El Nino sudah berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia: Jerebu tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lalu

Keadaan berjerebu di Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2015. (Gambar: AP/Joshua Paul)

Diterbitkan : 30 Aug 2016 10:51AM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 10:54AM

PUTRAJAYA: Jerebu yang melanda Malaysia dijangka tidak seteruk tahun lalu berikutan fenomena El Nino sudah berakhir.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menyifatkan cuaca kering yang melanda Malaysia sebagai biasa, beliau berkata beberapa kawasan di negara itu juga masih menerima jumlah hujan yang biasa atau melebihi biasa sejak Jun lalu.

Encik Wan Junaidi berkata kawasan itu diramalkan akan menerima hujan dan ini akan mengurangkan suasana kering dan jerebu walaupun terdapat peningkatan bilangan
titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Tindakan proaktif pihak Indonesia melaksanakan tindakan pencegahan jerebu
dan pemadaman kebakaran hutan secara bersepadu juga berjaya mencegah kebakaran
hutan dan jerebu merentas sempadan daripada berlaku, katanya.

"Dengan ini, saya boleh membuat rumusan bahawa Malaysia tidak menghadapi
jerebu seteruk tahun 2015," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan semalam (289 Ogos).

Encik Wan Junaidi berkata kementerian itu dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu sedang mempertingkatkan usaha pencegahan aktiviti
pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan jerebu di peringkat tempatan.

Antara tindakan tersebut termasuklah pemantauan rapi ke atas kawasan tanah
gambut yang sering terbakar melalui pengaktifan Prosedur Tetap Operasi Program
Pencegahan dan Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar, katanya.

Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka juga diaktifkan dengan membuat
rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan yang dikenal pasti mudah terbakar, katanya.

"Pemantauan melalui udara dilaksanakan bagi mencegah kebakaran hutan terutama di kawasan sering terbakar dan kawasan pedalaman yang berisiko tinggi berlaku kebakaran," katanya.

Encik Wan Junaidi dalam pada itu berkata kementeriannya tidak menyembunyikan fakta
dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) apabila berlakunya perbezaan bacaan
antara Malaysia khususnya di Johor dan Singapura.

Ini berikutan Malaysia masih menggunakan sistem pengiraan bacaan IPU berdasarkan kepekatan habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10) dalam tempoh 24 jam mana Singapura menggunakan PM2.5.

"Malaysia dijangka menggunakan sistem PM2.5 menjelang tahun depan setelah menaik taraf kesemua 65 stesen di seluruh negara," katanya.

Encik Wan Junaidi menambah bahawa beliau akan memaklumkan kepada jemaah menteri
mengenai pengumuman bacaan kepekatan habuk dalam udara di laman Jabatan Alam
Sekitar (JAS).

"Kita tunggu Jemaah Menteri membuat keputusan dalam tempoh terdekat sama ada
mengumumkan bacaan tersebut atau tidak," katanya.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga 28 Ogos, sebanyak 2,340 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara.

Ini termasuk 310 kes di kawasan hutan, kawasan pertanian (602 kes), kawasan
industri (16 kes), tapak pembinaan (50 kes), tapak pelupusan sampah (71 kes),
kawasan belukar (540 kes) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (751 kes).

Kenyataan itu menyebut Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan kompaun untuk 208
kes pembakaran terbuka dengan jumlah RM233,566. 

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan