M’sia gesa OIC bersatu, hulur bantuan bagi krisis Rohingya
Malaysia menggesa supaya negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam OIC bersatu dan tampil menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa supaya negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam OIC bersatu dan tampil menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, berkata tindakan keganasan terhadap etnik Rohingya di wilayah Rakhine semakin menimbulkan kebimbangan.
Beliau menambah keganasan itu mencetuskan krisis kemanusiaan.
Menurut Berita Harian Online, krisis tersebut sudah menyebabkan lebih 400 ribu orang Rohingya melarikan diri untuk mencari tempat perlindungan di Bangladesh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.