Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lima sekeluarga maut dalam nahas bas ekspres, kereta di JB

Lima termasuk seorang bayi lelaki yang menaiki Perodua Viva maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan persimpangan Melayu Raya, Jalan Segamat, Labis, lewat petang tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lima sekeluarga maut dalam nahas bas ekspres, kereta di JB

Nahas itu berlaku di Segamat, Johor pada petang Selasa. (Gambar: Facebook/Info Roadblock JPJ)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 10:05PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:08PM

JOHOR BAHRU: Lima termasuk seorang bayi lelaki yang menaiki Perodua Viva maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan persimpangan Melayu Raya, Jalan Segamat, Labis, lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba  Mohd Aizad Mamat berkata  pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.11 petang tadi.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kami mendapati pemandu dan penumpang tersepit dalam Perodua Viva berkenaan", katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, identiti mangsa yang merangkumi masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa, seorang bayi lelaki dan dua kanak-kanak perempuan belum dikenal pasti.

Empat meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Operasi tamat pada pukul 7.18 petang. Kesemua jenazah dihantar ke Hospital Segamat.

Sementara itu, tiada kecederaan dilaporkan berhubung mereka yang menaiki bas ekpres itu setakat ini.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan