Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Liga Arab bincang isu Iran, Hezbollah

Arab Saudi dan negara-negara Arab yang lain akan mengadakan satu mesyuarat tergempar di Kaherah, Mesir malam ini (19 Nov), bagi membincangkan isu campur tangan Iran dan Hezbollah di Lubnan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 08:25PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:40PM

KAHERAH: Arab Saudi dan negara-negara Arab yang lain akan mengadakan satu mesyuarat tergempar di Kaherah, Mesir malam ini (19 Nov), bagi membincangkan isu campur tangan Iran dan Hezbollah di Lubnan.

Menurut jurucakap Liga Arab, usaha bersemuka dengan Iran memerlukan kata sepakat semua negara Arab.

Mesyuarat di Kaherah akan memberi isyarat kukuh kepada Tehran supaya menarik balik dasar-dasarnya sekarang.

Media Mesir pula melaporkan, isu tersebut mungkin diutarakan kepada Majlis Keselamatan PBB.

Ini berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah menyusuli perletakan jawatan mengejut Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri di Riyadh, dua minggu lalu.

Encik Hariri menuduh kedua-dua Iran dan Hezbollah, mencetuskan huru-hara di dunia Arab.

Sementara itu, para pemimpin Lubnan telah menuduh Arab Saudi menahan PM Hariri sebagai tebusan.

Namun tuduhan itu telah dinafikan Encik Hariri sendiri yang ke Paris semalam.

Beliau menambah perkara itu akan diperjelaskannya setelah beliau pulang ke Beirut dalam beberapa hari ini.

Sumber : Agensi berita/AA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan