Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan di lapangan terbang Bangladesh; 1 orang terbunuh

Pihak berkuasa Bangladesh sedang dalam keadaan berjaga-jaga setelah satu letupan berlaku di pintu masuk utama lapangan terbang antarabangsa Dhaka.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan di lapangan terbang Bangladesh; 1 orang terbunuh

Pengawal sempadan Bangladesh. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 07:02PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 07:03PM

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh sedang dalam keadaan berjaga-jaga setelah satu letupan berlaku di pintu masuk utama lapangan terbang antarabangsa Dhaka.

Seorang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Polis berkata kejadian itu merupakan satu serangan nekad dan ISIS mengaku bertanggungjawab. 

Letupan berlaku sekitar 7.00 malam, waktu tempatan.

Polis berkata lelaki yang membawa bom itu merupakan satu-satunya yang maut.

Penerbangan di lapangan terbang Dhaka tidak terjejas.

Kejadian letupan itu berlaku enam hari setelah seorang yang disyaki sebagai militan ditembak mati pihak polis semasa cuba menyeberangi pusat pemeriksaan keselematan di Khilgaon, Dhaka, dengan bersenjatakan bahan letupan.

Sehari sebelum itu, seorang lagi pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pangkalan pasukan keselamatan berdekatan lapangan terbang Dhaka, mencederakan dua pegawai polis.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan