Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki yang rempuh keretanya di Melbourne didakwa dengan 5 tuduhan membunuh

Polis Australia berkata pemandu lelaki yang merempuh kenderaannya ke arah orang ramai sehingga menyebabkan lima terbunuh dan lebih 20 cedera didakwa dengan lima tuduhan membunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang rempuh keretanya di Melbourne didakwa dengan 5 tuduhan membunuh

Bangkai kereta dekat Bourke Street mall, setelah ia merempuh para pejalan kaki di Melbourne, Australia. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 23 Jan 2017 07:02PM Dikemas Kini : 23 Jan 2017 07:06PM

SYDNEY: Polis Australia berkata pemandu lelaki yang merempuh kenderaannya ke arah orang ramai sehingga menyebabkan lima terbunuh dan lebih 20 cedera didakwa dengan lima tuduhan membunuh.

Polis mendakwa lelaki berusia 26 tahun itu bertindak dengan sengaja dan dia ditahan reman sehingga kesnya dihadapkan ke mahkamah pada Ogos di mana tuduhan tambahan mungkin dikenakan terhadapnya.

Pada Ahad (22 Jan), seorang bayi lelaki menjadi mangsa kelima yang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami setelah dirempuh oleh kereta lelaki tersebut.

Polis terpaksa melanggar kereta yang dipandu oleh lelaki itu dan menembaknya di lengannya sebelum ditarik keluar dari kenderaan tersebut. Dia dibawa ke hospital untuk dirawat dan kemudian dibebaskan untuk dihadapkan ke mahkamah pada Isnin.

Bourke Street Mall di Melbourne terletak berhampiran dengan tempat kejadian dan ia kini dijadikan sebagai tugu bagi memperingati para mangsa yang terkorban.

Beribu-ribu orang berhimpun di Federation Square untuk memberikan penghormatan kepada para mangsa.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan