Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki yang bermain gitar semasa otaknya dibedah berjaya sembuh sepenuhnya

Seorang lelaki warga India yang memetik gitar semasa otaknya dibedah membuktikan bagaimana prosedur yang lain daripada yang lain itu berjaya membantu merawat masalah yang menghalangnya daripada bermain alat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang bermain gitar semasa otaknya dibedah berjaya sembuh sepenuhnya

Encik Abhishek Prasad bermain gitar semasa otaknya dibedah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 06:58PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 07:08PM

BANGALORE: Seorang lelaki warga India yang memetik gitar semasa otaknya dibedah membuktikan bagaimana prosedur yang lain daripada yang lain itu berjaya membantu merawat masalah yang menghalangnya daripada bermain alat tersebut.

Menurut Times of India, Encik Abhishek Prasad mengalami gangguan otak yang menghalangnya untuk memetik gitar dengan betul.

Gangguan tersebut juga menyebabkan jari-jemarinya tidak dapat bergerak di sebelah tangan.

“Sepanjang pembedahan itu, Abhishek berada dalam keadaan sedar sepenuhnya dan turut bermain gitar, memandangkan masalahnya berlaku hanya apabila beliau cuba untuk bermain,” kata Dr Sharan Srinivasan dalam kenyataannya semalam (20 Jul), seperti dipetik Times of India.

“Cara tersebut adalah sangat penting untuk doktor mengenal pasti lokasi khusus sasaran untuk dirawat.”

Encik Prasad turut menceritakan pengalaman luar biasanya berada di meja pembedahan dalam keadaan sedar bagi prosedur tujuh jam itu, meskipun jari-jemarinya kian kepenatan.

“Saya kagum melihat jari-jemari saya tiba-tiba semakin pulih di meja pembedahan itu juga. Selepas selesai pembedahan, jari-jemari saya sembuh 100 peratus dan saya boleh menggerakkannya seperti biasa,” dedahnya kepada akhbar Times of India.

Jahitan di kepala Encik Prasad dibuka di hospital semalam, di mana beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan memainkan beberapa lagu bagi menunjukkan sejauh mana beliau sudah sembuh.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan