Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki warga Brazil telan kokain seberat 1.3 kilogram diberkas di lapangan terbang Bangkok

Seratus kapsul seberat 1.3kg ditemui di dalam perut lelaki berusia 27 tahun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki warga Brazil telan kokain seberat 1.3 kilogram diberkas di lapangan terbang Bangkok

(Gambar: Biro Pengawasan Narkotik)

Diterbitkan : 11 Sep 2017 09:02AM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 09:06AM

BANGKOK: Seorang lelaki warga Brazil diberkas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kerana cuba menyeludup lebih satu kilogram kokain di dalam perutnya.

Demikian menurut Bangkok Post pada hari ini (11 Sep).

Paulo Nascimento ditahan oleh pihak berkuasa Bangkok pada hari Rabu untuk menjalani pemeriksaan X-ray selepas dia mengambil bagasinya di lapangan terbang itu.

Seratus kapsul seberat 1.3kg ditemui di dalam perut lelaki berusia 27 tahun itu.

Ini menurut seorang komander Biro Pengawasan Narkotik, Sommai Kongwisaisuk.

Beliau menambah bahawa penangkapan itu dijalankan susulan tip yang diberikan.

Lelaki itu tiba di Bangkok dari Brazil melalui Addis Ababa di pesawat penerbangan Ethiopia, menurut Bangkok Post.

Laporan sebelum ini menggambarkan Paulo Nascimento sebagai seseorang yang berusia 17 tahun.

Pihak berkuasa berkata Nascimento memberi kerjasama dengan polis dan mendedahkan bahawa selepas dadah-dadah itu dikeluarkan dari tubuhnya, mereka akan diserahkan kepada seorang lelaki lain di sebuah hotel di kawasan Sukhumvit.

Menurut laporan itu dia dibenarkan meneruskan rancangan tersebut yang membawa kepada penangkapan lelaki lain yang dikenal pasti sebagai Elsonias Da Silva, 35 tahun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan