Images
  • oil
    Petikan gambar dari video.

Lelaki tunjuk gagah minum sebotol besar minyak masak hingga ‘licin’

CHINA: Mungkin mahu membuktikan kegagahannya, seorang lelaki nekad menghabiskan sebotol besar minyak masak.

Menerusi rakaman video itu, lelaki berkenaan dilihat mengambil botol yang mengandungi sekurang-kurangnya lima liter minyak dan mula meminumnya, lapor Daily Mail.

Dia langsung tidak berhenti, walaupun untuk menarik nafas, sehingga habis ‘licin’.

Lelaki rakyat China itu juga tidak kelihatan terganggu dengan jumlah minyak yang banyak yang ditelannya, menurut Daily Mail.

Setelah habis, beliau meletakkan botol tersebut dan menarik nafas panjang sebelum memandang ke arah kamera. Jelas kelihatan beliau berbangga dengan pencapaiannya itu.

Video menjelikkan itu dipercayai dirakam di Wilayah Guangxi, selatah China, lapor Daily Mail.

Saksikan video berikut untuk melihat sama ada ini perbuatan gagah, gelojoh atau…memualkan!


- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top