Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Thai ditangkap kerana disyaki seludup air mani ke Laos

Seorang lelaki Thailand ditangkap dan didenda hampir AS$6,000 (S$8,400) pada Khamis (20 Apr) di pusat pemeriksaan sempadan Laos kerana disyaki menyeludup air mani.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Thai ditangkap kerana disyaki seludup air mani ke Laos

Gambar fail.

Diterbitkan : 21 Apr 2017 10:33PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 10:34PM

BANGKOK: Seorang lelaki Thailand ditangkap dan didenda hampir AS$6,000 (S$8,400) pada Khamis (20 Apr) di pusat pemeriksaan sempadan Laos kerana disyaki menyeludup air mani, kata seorang pegawai kastam.

Nithinon Srithaniyanan, 25 tahun, melakukan perjalanan dengan tangki nitrogen yang mengandungi enam bebuli air mani manusia, kata Ketua Pegawai Kastam Nimit Saeng-ampai, dari pusat pemeriksaan Nong Khai di antara utara Thailand dan negera jiran Laos.

"Semasa siasatan, Nithinon memberitahu beliau dibayar untuk membawa air mani ke sebuah klinik di Vientiane," kata Nimit kepada Reuters.

Nithinon, yang memberitahu kliennya membayar AS$145 (S$203) bagi setiap perjalanan dilakukan, didenda AS$5,817 (S$8,130) kerana menyeludup barangan haram dari negara Thailand dan kemudian dibebaskan, tambah Nimit.

Tangki dan bebuli itu dihantarkan untuk pemeriksaan di sebuah hospital di bandar timur laut Thailand, Khon Kaen, kata seorang pegawai kesihatan awam Nong Khai.

Jika bebuli itu disahkan mengandungi air mani, Nithinon boleh dipenjara sehingga tiga tahun kerana melanggar undang-undang surogat Thailand. Hasil ujian dijangka akan didedahkan pada Isnin ini (24 Apr).

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan