Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki S'pura bernama Hamid dihukum penjara 1 tahun di Indonesia dan denda lebih S$10,000

 Ketua Imigresen Palu, Encik Suparman berkata bahawa seorang rakyat Singapura yang didakwa terlibat satu kes pemalsuan dokumen kerakyatan, dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan didenda 100 juta rupiah (S$10,050) oleh Mahkamah setempat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki S'pura bernama Hamid dihukum penjara 1 tahun di Indonesia dan denda lebih S$10,000

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2017 11:54PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 05:22PM

PALU, INDONESIA: Ketua Imigresen Palu, Encik Suparman berkata bahawa seorang rakyat Singapura yang didakwa terlibat satu kes pemalsuan dokumen kerakyatan, dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan didenda 100 juta rupiah (S$10,050) oleh Mahkamah setempat.

Encik Suparman menjelaskan bahawa pesalah itu, yang bernama Hamid Bin Roowi, ditangkap oleh pegawai Imigresen Palu ketika hendak menguruskan pasportnya.

Hamid, berusia 64 tahun, sudah bernikah dengan seorang wanita Desa Kamarora di Kabupaten Sigi, bernama Yuliana serta mempunyai anak bernama Sarah.

Hamid juga memiliki dokuman-dokumen kerakyatan yang dikeluarkan Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil Kabupaten Sigi. Tetapi dia sebenarnya bukan rakyat Indonesia.

Dia bukan anak kelahiran Semarang seperti yang dinyatakan dalam surat keterangan yang dimilikinya. Sebaliknya, "Hamid ternyata lahir di Singapura," kata Encik Suparman.

Akibat tindakannya itu, dia kemudian dibawa ke Mahkamah Negeri Palu dan akhirnya didapati bersalah serta dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun dan didenda.

Dia sebenarnya ditangkap pada Mei 2017.

Encik Suparman turut mendedahkan bahawa dia dihantar pulang oleh Imigresen Palu dan diharamkan masuk kembali ke Indonesia untuk tempoh waktu tertentu.

Rakyat Singapura yang mempunyai seorang anak dengan wanita dari Kabupaten Sigi itu ditahan di Rumah Tahanan (Rutan) Maesa Palu sebelum dihadapkan di mahkamah.  

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan