Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki melecur cuba selamatkan al-Quran

Seorang lelaki terjun dari rumah selepas separuh badannya melecur dalam kebakaran di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, awal pagi Rabu (9 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki melecur cuba selamatkan al-Quran

Kampung mangsa yang terbakar di mana beliau menyelamatkan beg yang dipenuhi al-Quran. (Gambar: Facebook / Putera Karya)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 09:27PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 09:34PM

BAGAN DATUK: Seorang lelaki terjun dari rumah selepas separuh badannya melecur dalam kebakaran di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, awal pagi Rabu (9 Ogos).

Dia dikatakan cuba menyelamatkan beberapa muqaddam dan al-Quran.

Insiden berlaku sekitar jam 7.00 pagi mengakibatkan mangsa, Daud Ibrahim, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selekoh.

Menurut jiran mangsa yang menyaksikan kebakaran itu berlaku, Encik Mohd Sharizal Samsudin, 38 tahun, mengatakan beliau sedang bersiap untuk menghantar anaknya ke sekolah.

"Pada mulanya kami terhidu bau asap tetapi tidak menyangka apa-apa kerana dia (mangsa) sering membakar bekas kulit telur untuk menghalau nyamuk.

"Namun lama-kelamaan bau asap semakin kuat dan apabila saya menjenguk keluar api sedang marak di bahagian dapur rumah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau kemudiannya melihat mangsa meluru berlari keluar rumah, tetapi kemudian berlari masuk kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar.

"Saya terkejut melihat dia lari masuk semula dan ketika itu api sudah semakin kuat dan sampai bahagian hadapan rumah berkenaan.

"Tidak lama kemudian saya melihat dia terjun dari tingkap atas ke bawah dengan keadaan badanya separuh sudah terbakar dan kemudian terbaring di bawah rumah," katanya kepada laman Sinar Harian.

Apabila ingin membantu mangsa, mangsa tersebut bangun dengan sendirinya dengan beg yang diselamatkannya.

Beg yang diselamatkannya itu mengandungi beberapa muqaddam dan al-Quran.

"Melihat badannya yang melecur teruk seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad membawanya ke Klinik Kesihatan Selekoh.

"Dia (mangsa) memang ada masalah kesihatan iaitu gangguan mental dan rumah yang terbakar adalah rumah neneknya yang tidak berpenghuni," katanya menurut laman Sinar Harian. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan