Images
  • malaysia police
    Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Lelaki maut dipercayai dibelasah di Batu Caves

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Malaysia ditemui mati dengan kecederaan parah selepas dipercayai dipukul di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Sunway Batu Caves, Selangor awal pagi tadi (12 Ogos).

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.58 pagi.

“Mangsa yang berusia 41 tahun itu dipercayai dipukul oleh lebih daripada seorang individu, namun kita masih belum mengenal pasti objek yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Encik Ali berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan muka.

Polis sedang memburu suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

- BERNAMA/IM/im

Komen Anda?

Top