Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditembak mati di lapangan terbang Paris; cuba rampas senapang askar

Seorang lelaki yang ditembak mati oleh para askar Perancis di Lapangan Terbang Orly di Paris pada Sabtu (18 Mac), melaungkan bahawa dia berada di sana untuk "mati kerana Allah" dan cuba merampas senapang seorang askar.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditembak mati di lapangan terbang Paris; cuba rampas senapang askar

Para penyiasat polis di tempat kejadian di mana insiden menembak itu berlaku. (Gambar: REUTERS/Charles Platiau)

Diterbitkan : 19 Mar 2017 03:07PM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 03:11PM

PARIS: Seorang lelaki yang ditembak mati oleh para askar Perancis di Lapangan Terbang Orly di Paris pada Sabtu (18 Mac), melaungkan bahawa dia berada di sana untuk "mati kerana Allah" dan cuba merampas senapang seorang askar, dengan niat untuk melepaskan tembakan ke arah para penumpang, menurut seorang pendakwa.

Insiden terbaru dalam siri serangan di Perancis turut menyebabkan lapangan terbang yang kedua paling sibuk di Perancis itu dikosongkan dan tahap keselamatan diperketatkan menjelang kempen pilihan raya presiden negara itu.

Penyerang itu, yang dikenal pasti sebagai Ziyad Ben Belgacem, tiba di lapangan terbang Orly pada pagi Sabtu, dan mencampakkan beg yang mengandungi minyak petrol ke lantai.

Dia juga tidak mahu melepaskan seorang askar wanita tentera udara yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan di lapangan terbang itu, menurut pendakwa Francois Molins.

Menggunakan wanita tersebut sebagai pelindung diri, dia mengacukan pistol angin pada bahagian kepala wanita itu dan menyuruh askar-askar lain: "Lucutkan pistol-pistol anda. Letakkan tangan anda di kepala anda. Saya di sini untuk mati kerana Allah. Tidak kira apa yang terjadi sekalipun, tetap akan ada kematian."

Askar-askar lain kemudian menembak mati Belcagem.

Polis menjumpai Al-Quran serta wang bernilai 750 euros (S$1130) pada penyerang berkenaan. Mereka turut menemui beberapa gram kokain, parang dan mata wang asing, kata Molins.

Para pendakwa sedang menyiasat beberapa kesalahan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganasan, termasuk percubaan membunuh.

Bapa, saudara lelaki dan sepupu Belgacem, kini sedang ditahan polis, menurut Molins.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan