Images
  • istana johor
    Gambar fail kawasan istana Johor.

Lelaki ditahan ceroboh, lontar bom petrol di kawasan istana Johor

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang penganggur kerana membaling bom petrol ke dalam kawasan istana Johor, menurut laporan mStar.

Lelaki berkenaan, berusia 20-an, dipercayai menceroboh kawasan istana pada sekitar pukul 11.45 malam Jumaat lalu.

Dia dipercayai memasuki kawasan istana menggunakan motosikal sebelum melontarkan bom petrol.

Bagaimanapun, tiada kerosakan besar dilaporkan, dalam petikan laporan mStar.

Ia turut difahamkan bahawa suspek menyerah diri di salah sebuah pondok pengawal istana sekitar 20 minit kemudian.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai tidak waras diserahkan kepada polis.

Polis masih menyiasat bagaimana suspek boleh memasuki kawasan istana dan motif serangan itu.

Tidak dipastikan sama ada keluarga diraja Johor berada di istana ketika kejadian berlaku.

Dalam tukilan laporan mStar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut.

- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top