Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki berpisau ditahan polis dekat kediaman PM May

Polis Britain pada Khamis (27 Apr) menangkap seorang lelaki yang membawa pisau di Whitehall, sebuah kejiranan yang banyak menempatkan bangunan di tengah kota London.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki berpisau ditahan polis dekat kediaman PM May

Para pegawai polis bersenjata Britain memberkas seorang lelaki dekat Bangunan Parlimen di tengah-tengah London. (Gambar: AFP/Niklas Halle'n)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 02:08PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 02:13PM

LONDON: Polis Britain pada Khamis (27 Apr) menangkap seorang lelaki yang membawa pisau di Whitehall, sebuah kejiranan yang banyak menempatkan bangunan di tengah kota London.

Seorang jurugambar Reuters terlihat sekurang-kurangnya dua bilah pisau di lantai.

Polis menyatakan tiada orang cedera dalam insiden tersebut, yang berlaku berhampiran kediaman rasmi Perdana Menteri Theresa May di Downing Street di Westminster, tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Cik May tidak berada di Downing Street ketika kejadian itu, menurut jurucakapnya.

Insiden tersebut berlaku selang sebulan selepas seorang muallaf kelahiran Britain merempuh kenderaan yang dipandunya ke arah para pejalan kaki di Jambatan Westminster, yang meragut empat nyawa sebelum dia menikam mati seorang pegawai polis di pekarangan parlimen.

Gambar-gambar Reuters menunjukkan para pegawai polis berdiri di sekitar tempat kejadian tersebut, dengan sekurang-kurangnya dua bilah pisau di lantai.

Para pegawai bersenjata mengepung kawasan berkenaan. Seorang wartawan Reuters dan seorang jurugambar juga melihat polis menahan seorang lelaki berjambang dan berkulit gelap, yang mengenakan kot hitam yang menutupi kepala.

Tangan kanannya juga kelihatan berbalut.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan