Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki berang pukul wanita yang cuba potong barisan beratur

Apakah yang akan anda lakukan jika seseorang cuba memotong barisan beratur, dan tiba-tiba berada lebih depan daripada anda?

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki berang pukul wanita yang cuba potong barisan beratur

Lelaki di China yang memukul seorang wanita yang memotong barisan beraturnya. (Gambar: Petikan dari YouTube)

Diterbitkan : 03 Dec 2016 01:46AM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 01:59AM

BEIJING: Apakah yang akan anda lakukan jika seseorang cuba memotong barisan beratur, dan tiba-tiba berada lebih depan daripada anda?

Bagi seorang lelaki di China, tindakan itu membuatnya begitu berang hingga beliau memukul wanita yang memotong barisan beratur itu di khayalak ramai.

Laman Daily Mail, menukil media China, melaporkan insiden itu berlaku apabila wanita muda berkenaan, yang kelihatan terburu-buru mahu menaiki kereta api di sebuah stesen di Shijiazhuang, cuba mendapatkan tiketnya dari mesin tiket tanpa izin orang lain yang beratur di hadapannya.

Pergelutan antara lelaki dan wanita tersebut dimuat naik ke laman Weibo oleh Pear Video pada 29 November lalu.

LELAKI TINGGI, BERBADAN TEGAP PUKUL WANITA

Menurut Daily Mail, lelaki itu, yang menurut para saksi dipercayai setinggi 182 cm dan kelihatan berbadan tegap, yang mula memukul wanita tersebut setelah menyedari wanita itu cuba memotong barisan beratur.

Video itu menunjukkan lelaki itu mulanya menahan wanita itu di hadapan mesin tiket tersebut, sementara wanita berkenaan cuba memukulnya dan memekik-mekik minta dilepaskan.

Meskipun orang ramai di stesen itu meminta mereka berhenti bergaduh, lelaki tersebut memegang erat pergelangan tangan wanita itu agar beliau tidak dapat menggunakan mesin berkenaan.

Menurut Daily Mail, lelaki itu juga dilihat menolak muka wanita berkenaan ketika mereka bergaduh.

Akhirnya, seorang pegawai polis tiba di stesen itu dan menyuraikan mereka berdua.

SESETENGAH NETIZEN SOKONG TINDAKAN LELAKI ITU

Video tersebut tersebar luas di media sosial dan mencetuskan perbincangan hangat online.

Sesetengah netizen mempersoalkan tindakan lelaki itu, namun lebih setengah netizen kelihatan menyokong tindakannya itu, menurut Daily Mail.

Seorang netizen menulis komen: “Jika saya jadi dia, saya akan tampar wanita itu dua kali.”

Seorang lagi pula menulis: “Dia tidak menuruti peraturan dan wajar ditendang. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan