Images
  • lelaki australia
    Shaun Oliver bersama anaknya. (Gambar: Facebook)

Lelaki Australia mati lemas cuba selamatkan kanak-kanak di pantai Wollongong

SYDNEY: Seorang lelaki Australia mati lemas ketika beliau cuba menyelamatkan dua kanak-kanak di perairan pantai Wollongong City pada Ahad (10 Sep), menurut laporan media Australia.

Shaun Oliver, 32 tahun, bergegas untuk menyelamatkan dua kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang bergelut di dalam air, lapor akhbar Australia, sambil menambah bahawa dua lagi beradik kanak-kanak itu diselamatkan oleh ayah mereka.

Seorang ahli papan lungsur berjaya menyelamatkan budak lelaki berusia 12 tahun itu dengan bantuan Oliver, manakala adiknya yang berusia 10 tahun diselamatkan oleh seorang ahli paramedik.
Bagaimanapun Oliver, bapa kepada tiga anak, mati lemas dihanyutkan ke laut.

Menurut Sky News Australia, tiga pegawai polis berenang untuk menyelamatkan mendiang. Di sebalik percubaan anggota paramedik untuk menyelamatkan beliau, Oliver meninggal dunia di hospital .

Menurut polis, siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

- CNA/NA/ur

Komen Anda?

Top