Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lego M'sia perkenal binaan mini bunga raya, rumah kampung tradisional, wau & ketupat

LEGO Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat binaan mini baru yang memaparkan kemegahan budaya Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Lego M'sia perkenal binaan mini bunga raya, rumah kampung tradisional, wau & ketupat

Lego mini yang diperkenalkan Lego Malaysia. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 May 2017 12:38AM Dikemas Kini : 29 May 2017 12:43AM

KUALA LUMPUR: LEGO Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat binaan mini baru yang memaparkan kemegahan budaya Malaysia.

Pengurus Pemasaran Kanan Lego Malaysia Jacob Leighton Rennison berkata ia menjadi detik bersejarah bagi syarikat itu yang belum pernah menghasilkan sesuatu binaan yang khusus berkaitan Malaysia sebelum ini.

"Perkara ini tidak selalu berlaku dalam sejarah Lego dan kami di Lego Malaysia berasa bangga kerana berjaya menyiapkannya," katanya selepas pelancaran kempen #BuildAmazingMY Lego Malaysia di Pavilion KL.

Edisi terhad binaan mini budaya Malaysia yang terdiri daripada bunga kebangsaan, rumah kampung tradisional, wau dan ketupat, dikeluarkan pada setiap Sabtu mulai semalam (27 Mei) hingga 17 Jun menerusi pembelian produk Lego bernilai RM300 (S$97) di kedai Toys ''R'' Us terpilih dan kedai Lego yang diperakui.

Sebelum itu, beliau berkata kempen itu akan dimeriahkan dengan pelbagai kegiatan membuat binaan menerusi acara ''Cities of Wonder'' antara 25 Mei dengan 4 Jun di samping pertandingan ''My Own Creation Facebook'' yang berlangsung antara 22 Mei dengan 16 Jun.

"Kami adalah syarikat pertama di Asia yang melancarkan ''Cities of Wonders'' dan saya difahamkan negara lain di Asia akan turut mengambil langkah serupa dengan mewujudkan binaan mini budaya mereka," katanya.

Beliau berkata bersempena sambutan Hari Raya, syarikat itu akan bergandingan dengan Pavilion KL untuk menganjurkan binaan mozek Lego terbesar dan mencatatkan rekod baharu Malaysia bagi mozek Lego terbesar di negara itu.

"Projek hebat ini akan dijayakan oleh peminat yang begitu bersemangat daripada komuniti Lego dalam tempoh dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 Jun dan 16 hingga 18 Jun," katanya.

Beliau berharap lebih banyak pihak, terutamanya ibu bapa dan anak-anak, akan hadir untuk menyertai mereka dalam acara itu.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan