Lebih 90,000 mangsa banjir di 5 negeri di M'sia dipindahkan
Keadaan banjir di Malaysia, tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang,Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah.
MALAYSIA: Keadaan banjir di Malaysia, tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang,Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di Malaysia.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi diikuti Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis
Di sesetengah kawasan rendah di Kota Baru, ibu negeri Kelantan kini mengalami limpahan air dari Sungai Kelantan sejak semalam.
Secara keseluruhannya Kelantan masih lagi belum boleh dilalui oleh semua kenderaan kecuali melalui laluan udara dan sebahagian laluan dari Terengganu.
Namun begitu keadaan di Gua Musang yang semalamnya dilaporkan mengalami banjir teruk, keadaan telah mula reda dengan hujan renyai-renyai sepanjang hari ini.
Hampir 100 orang, kira-kira 60 daripada mereka pelancong asing terperangkap di sebuah resort taman negara di Pahang, sedang krisis banjir di kawasan pantai timur Malaysia menjadi bertambah buruk.
Kawasan itu mencatatkan kadar hujan paling tinggi dalam masa lebih 4 dekad.
Pihak berkuasa sedang menghantar bot-bot dan sebuah helikopter untuk menyelamatkan mereka.
Sejauh ini, tujuh pelancong Perancis kumpulan pertama dibawa keluar dari Kuala Tahan dengan menaiki helikopter pada 10 pagi tadi.
-BERNAMA/ag
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.