Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 50 cedera, 1,500 hilang tempat tinggal dalam gempa Korea Selatan

Korea Selatan: Lebih 50 orang mengalami kecederaan dan 1,500 lagi penduduk Pohang, Korea Selatan, kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang melanda kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 50 cedera, 1,500 hilang tempat tinggal dalam gempa Korea Selatan

Suasana sekitar kawasan yang dilanda gempa di Korea Selatan. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 16 Nov 2017 04:59PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 05:05PM

POHANG, Korea Selatan: Lebih 50 orang mengalami kecederaan dan 1,500 lagi penduduk Pohang, Korea Selatan, kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang melanda kawasan itu.

Gempa sekuat 5.4 pada skala Richter yang jarang berlaku di Korea, menggegarkan bandar pelabuhan itu semalam (15 Nov), disusuli gegaran-gegaran susulan.

Para penduduk yang terjejas masih berteduh di pusat pemindahan sementara.

Sekurang-kurangnya 57 orang dilaporkan cedera namun tiada kematian dilaporkan.

Hanya bangunan-bangunan di bandar itu rosak akibat gempa tersebut.

Ia juga meyebabkan peperiksaan kemasukan universiti tahunan negara itu digantung buat pertama kalinya dalam sejarah.

Gempa itu berlaku sekitar setahun selepas gegaran pada September lalu yang mencatat 5.8 pada skala Richter iaitu yang paling kuat dalam sejarah negara itu di bandar Gyeongju. 

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan