Images
  • vietnam flood
    (Gambar: VIETNAM NEWS AGENCY / AFP)

Lebih 40 orang mati akibat banjir di Vietnam, jumlah tertinggi sejauh ini

HOA BINH: Sekurang-kurangnya 40 orang mati dan lebih 60 yang lain hilang, akibat banjir dan tanah runtuh di Vietnam. Jumlah kematian akibat banjir itu antara tertinggi yang dicatatkan di Vietnam.

Hujan berterusan sejak Isnin lalu menjejas teruk enam wilayah di utara dan tengah Vietnam.

Kejadian tanah runtuh di wilayah Hoa Binh memusnahkan puluhan ribu rumah dan ramai mangsa mati tertimbus. Pihak berkuasa mengatakan beribu-ribu hektar tanah ladang ditenggelami air.

Tentera Vietnam dikerah bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang masih hilang.

Ini merupakan bencana alam terbaru yang melanda Vietnam tahun ini.

Baru bulan lalu, Taufan Doksuri mengganas di tengah Vietnam, yang mengakibatkan kerosakan besar kepada harta benda awam. 

- Agensi berita/MM/aq

Komen Anda?

Top