Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 300 pendaki terperangkap di Gunung Rinjani

Lebih 300 pendaki termasuk pelancong asing dipercayai terperangkap di Gunung Rinjani apabila gunung berapi di Pulau Lombok, Indonesia itu mula meletus sejak semalam (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2016 12:42PM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 09:33PM

JAKARTA: Lebih 300 pendaki termasuk pelancong asing dipercayai terperangkap di Gunung Rinjani apabila gunung berapi di Pulau Lombok, Indonesia itu mula meletus sejak semalam (27 Sep).

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan berkata, ketika berlaku letusan gunung pada pukul 2.45 petang semalam, terdapat 389 pengunjung berdaftar dilaporkan berada di gunung itu.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pengurusan Taman Nasional Gunung Rinjani sejak 25 hingga 27 September, 389 pengunjung dilaporkan mendaki gunung itu yang terdiri 333 rakyat asing manakala selebihnya rakyat Indonesia.

Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat kesemua pengunjung itu sedang dijalankan bagi meminta semua pengunjung keluar dari kawasan gunung berkenaan.

"Akibat letusan ini, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melarang individu mendekati sekitar radius tiga kilometer dari kawah Gunung Barujari," katanya seperti yang ditukil media online.

Abu vulkanik yang disemburkan oleh gunung itu dilaporkan mencapai 2,000 meter dan berpotensi untuk berlaku letusan susulan.

Encik Sutopo berkata, berdasarkan hasil analisis data visual dan instrumental, PVMBG menaikkan status Gunung Rinjani dari tahap Normal Aktif (level I) menjadi Waspada (level II) mulai petang semalam dan untuk sementara waktu gunung itu ditutup untuk kunjungan awam.

Katanya, masyarakat di sekitar Gunung Rinjani diminta tenang tetapi sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan