Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 23 tompok panas dikesan di Sumatera tengah, Indonesia ambil langkah berjaga-jaga

Indonesia kini berjaga-jaga bagi kemungkinan berlaku lagi jerebu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 23 tompok panas dikesan di Sumatera tengah, Indonesia ambil langkah berjaga-jaga

Seorang tentera sedang memadamkan kebakaran tanah gambut di Riau, 2016 (Gambar: Antara Foto/Rony Muharrman/ via REUTERS)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 08:00PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 08:03PM

INDONESIA: Indonesia kini berjaga-jaga bagi kemungkinan berlaku lagi jerebu.

Pihak berkuasa Jambi, Sumatera tengah, meningkatkan usaha pemantauan selepas lebih 23 tompok panas dikesan di wilayah itu sepanjang dua hari lalu tetapi kini padam selepas hujan.

Dua tahun lalu, asap tebal daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan krisis jerebu teruk di rantau AsiaTenggara.

Agensi cuaca Indonesia memberi amaran, tahun ini musim kering yang akan bermula bulan depan, dijangka serupa seperti ^yang dialami pada 2015.

Lantas, para pegawai daerah itu menggesa para pemilik ladang-ladang dan pengendali tanaman sawit dan perbalakan, agar terus memantau sebarang kejadian kebakaran baru. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan