Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Langkah keselamatan lebih ketat bagi pesawat asing dari 100 negara yang tiba di AS

Pesawat-pesawat asing dari 100 negara yang mendarat di Amerika Syarikat perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan lebih ketat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2017 06:01PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 09:37PM

WASHINGTON: Pesawat-pesawat asing dari 100 negara yang mendarat di Amerika Syarikat perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan lebih ketat.

Syarikat-syarikat penerbangan yang mengabaikan arahan baru itu mungkin dilarang sama sekali membawa peralatan elektronik di dalam kabin atau diharamkan terbang ke Amerika.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika menyatakan peraturan baru itu akan mula dikuatkuasakan dalam masa tiga minggu ini.

Ia termasuk mengetatkan lagi pemeriksaan para penumpang dan barangan mereka di lapangan-lapangan terbang negara lain.

Ada juga protokol baru bagi pesawat-pesawat yang mendarat.

Peraturan baru Amerika itu menjejas 180 syarikat penerbangan yang mengadakan khidmat di 280 lapangan terbang di merata dunia.

Langkah keselamatan terbaru Amerika itu bertujuan menamatkan peraturan yang mengharamkan para penumpang membawa komputer riba dan peralatan elektronik besar ke dalam kabin.

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan